Thursday, 22 December 2016

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW @SajaSembang

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW 🍴

  1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
  2. Kurma – Nabi saw bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada rezeki.
  3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
  4. Anggur – Nabi saw suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
  5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok minum di waktu pagi dengan air suam.
  6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi saw bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.
  7. Susu – Nabi saw bersabda susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
  8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
  9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut jugs melambatkan penuaan, merawat radang perut.
  10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
  11. Cuka – Nabi saw selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).
  12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

10 Celaan Allah @SajaSembang

Antara 10 Celaan Allah kepada manusia akibat daripada kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.
Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia. 


3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.


4. Hasad dengki 

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa sahaja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnahkan hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim) 


5. Kedekut & bakhil 

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian daripada hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan. 


7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara daripada orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah sahaja yang bersifat maha besar.


9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.


10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

7 Sunnah Hebat - Ustaz Don Daniyal @SajaSembang

Very nicely written 😊
By *Ustaz Don Daniyal*
7 Sunnah Hebat


❤ Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas.
Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT.
Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.
Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


👉 *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

👉 *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

👉 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

👉 *Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

👉 *Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

👉 *Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

👉 *Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله فيكم..

Monday, 19 December 2016

Jodoh

Jodoh 💑


Seberapa pun kenal, seberapa pun berharap, seberapa pun cinta,
jika memang bukan orang yang tepat, akan selalu ada cara untuk dijauhkan.

Seberapa pun tak kenal, seberapa pun tak ada irisan keperluan, seberapa pun benci,
jika memang ia orang yang tepat, akan selalu ada cara untuk didekatkan.


"Boleh jadi,
kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula),
kamu menyukai sesuatu,
padahal,
ia amat buruk bagimu.
Allah yang paling mengetahui,
sedangkan,
kamu tidak mengetahui."

(Al-Baqarah, 216)


Rahsia Bulan Kelahiran - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

📅 Rahsia Bulan Kelahiran 📆

Januari

Februari

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Disember






Sunday, 18 December 2016

"Keeping up."


"Keeping up."
  1. The advantage you have yesterday, will be replaced by the trends of tomorrow. You don't have to do anything wrong, as long as your competitors catch the wave and do it RIGHT, you can lose out and fail.
  2. To change and improve yourself is giving yourself a second chance. To be forced by others to change, is like being discarded.
  3. Those who refuse to learn & improve, will definitely one day become redundant & not relevant to the industry. They will learn the lesson in a hard & expensive way.

SATU PERKONGSIAN BERSAMA

👫 SATU PERKONGSIAN BERSAMA 👪

Sesuatu yang anda tidak perasan atau terfikir langsung....

  1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
  2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
  3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
  4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai.
  5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum anda @ dia tidur.
  6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
  7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
  8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
  9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
  10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya.
  11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkanlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
  12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
  13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakanlah segala makihamun, caci & cela.
  14. Janganlah takit untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
  15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.


Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.