Monday, 30 January 2017

4 PENGETAHUAN AM - Dato' Dr. Fadhilah Kamsah

Perkongsian dari FB Dato' Dr. Fadhilah Kamsah:


4 PENGETAHUAN AM yg wajar dikongsi:


  1. Tersedak makanan, 
  2. Salah bantal, 
  3. Kram kaki, 
  4. Kaki semut2 @ kebas.

Caranya adalah seperti berikut:


1. Jika tersedak makanan


👉 Hanya perlu “mengangkat tangan”. 

👍 Di Atlantic City, New Jersey, AS, seorang anak berusia 5 tahun bernama A'Zir Spence dgn bijaknya tlh menyelamatkan nyawa neneknya, dgn hanya perlu “mengangkat tangan”.

👍 Satu hari, Shirldine Stewart berusia 56 tahun sedang menonton TV di rumahnya sambil makan jelly. Cucunya Spence turun ke bawah untuk menanyakan sesuatu kepadanya.Ketika nenek memalingkan muka untuk memandang cucunya, sepotong jelly tersangkut di kerongkongnya. Sinenek berusaha utk melepaskan jelly yg tersekat dengan menekan bhgn perutnya, tp gagal. Spence lalu bertanya: “Nek! nenek tersedak ke?”, namun nenek tidak mampu menjawab. “Saya rasa nenek tersedak. Nek! Cepat naikkan tangan nenek!” Nenek Stewart lalu mengangkat tangan di atas kepalanya dan ternyata jelly itu keluar dari kerongkongannya. Spence bgtau kaedah ini dipelajarinya di sekolah. 

👍 Jadi cara menangani jika tersedak makanan --- hanya perlu “mengangkat tangan”.


2. Salah bantal


👍 Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati telah tersalah bantal, iaitu merasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki shj, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.


3. Kram kaki


👍 Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih selesa.


4. Kaki semut2 @ kebas


👍 Ketika kaki kiri semut2, goncang @ ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan semut2, goncang @ ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga...

Thursday, 26 January 2017

Jalur Gemilang

Jalur Gemilang


Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang

Ciptaan dan Senikata:
Pak Ngah & Siso Kopratasa

JAGOAN MUSLIM - THE REAL HERO @KompilasiTweet

JAGOAN MUSLIM - THE REAL HERO

ALI BIN ABI TALIB
(PANGLIMA YANG DICINTAI ALLAH DAN RASULNYA)

KHALID BIN WALID
(PEDANG ALLAH YANG TERHUNUS)

ABU UBAIDAH BIN AL JARRAH
(ORANG PALING AMANAH DI UMAT INI)

AMR BIN ASH
(SANG PENAKLUK MESIR)

MUHAMMAD AL FATIH
(SANG PENAKLUK)

TARIQ BIN ZIYAD
(PENAKLUK ANDALUSIA)

USAMAH BIN ZAID
(PANGLIMA TERMUDA)

ZUBAIR BIN AWWAM
(SANG PENGAWAL RASULULLAH)

SAAD BIN ABI WAQAS
(SINGA YANG KELUAR DARI KANDANGNYA)

Wednesday, 25 January 2017

Tips mengatasi kanser @KompilasiTweet

Tips mengatasi kanser: GBOMS.

G - Greens,
B - Berries,
O - Onion,
M - Mushrom,
S - Seeds.

Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser:

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

  1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut
  2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.
  3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.
  4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.
  5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.
  6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.
  7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.
  8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.
  9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.
  10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.
  11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.
  12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.
  13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.
  14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.
  15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.
  16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.
  17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.
  18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.
  19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Note @KompilasiTweet

Kiamat menurut Agama islam di tandai dgn beberapa petanda. 
  • Kemunculan Imam Mahdi
  • Kemunculan Dajjal
  • Turunnya Nabi Isa (AS)
  • Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
  • Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
  • Pintu pengampunan akan ditutup
  • Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
  • Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
  • Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
  • Pemusnahan/runtuhnya Kabaah
  • Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
  • Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
  • Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Kerugian meninggalkn solat:
  • Subuh: Cahaya wajah akan pudar.
  • Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang.
  • Asar: Kesihatan mulai terganggu.
  • Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
  • Isya': Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.

Nasihat Kubur: 
  1. Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD.
  2. Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.
  3. Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca .. AL-QUR'AN.
  4. Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
  5. Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.
  6. Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA.
  7. Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH".

Kiamat @KompilasiTweet

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s ., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.

Rezeki @KompilasiTweet

Tahukah anda Rezeki ada 4 jenis?

  1. Rezeki yang Allah dah jamin semua dapat. - surah Hud ayat 6
  2. Rezeki yang diberi Allah mengikut kadar usahanya. - surah al-Najm ayat 39
  3. Rezeki yang Allah tambah jika kita bersyukur. - surah Ibrahim ayat 7
  4. Rezeki yang datang secara tidak disangka bg orang yang bertawakal. - surah al-Thalaq ayat 2&3

👄 Perkongsian dari Facebook Siti Zulkifli 👄

Tuesday, 24 January 2017

TENTANG REZEKI

TENTANG REZEKI


Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancit lh, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain. 

Ingat! REZEKI itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata. 

Kekadang kita lupa..
  • Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
  • Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
  • Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
  • Kerja tak pressure pun rezeki..
  • Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

Jom fikir luasnya rezeki.

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..
  • Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
  • Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
  • Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
  • Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
  • Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

Monday, 23 January 2017

RAHSIA GAŔAM

RAHSIA GAŔAM


*SIHIR atau SANTAU dpt di halang dgn MENGAMALKAN GARAM mgikut cara NABI SAWﷺ 

  • Sebelum makan Nabi ﷺ letak secalit garam di lidah Utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan.
  • Sampai di tmpt baru, Nabi ambil garam dulu Utk sesuaikan hormon terlebih di tmpt baru.
  • Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam Utk penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur² negatif.
  • Pengamal² Perubatan Islam Utk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.
  • Garam juga unsur yg boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.
  • Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dgn suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak GARAM.
  • Kita panggil bubuh garam atas darat macam Org² arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada SODIUM dan POTASSIUM.. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, POTASSIUM ROSAK dlm SUHU panas. Sebab tu kena darah tinggi.
  • Selok-eloknya di tmpt makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah ﷺ mencalit secubit garam mggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada bbrpa PETUA penggunaannya.


  1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dlm kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yg buruk diubat dgn asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan Utk meneutralkan keburukannya (tahi).
  2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yg terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dgn merendam dlm air garam juga.
  3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yg berlebihan. Org yg tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dlm pasir laut. Bagi mereka yg tinggal di bandar, garam KASAR digoreng dan didemahkan di tmpt sakit ketika GARAM masih PANAS.
  4. Merawat cirit-birit.: Minum air yg dicampur sedikit garam.
  5. Merawat mabuk perjalanan. Utk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air lalu di minum sblum memulakan perjalanan.
  6. Garam diguna Utk merawat kegatalan. Air yg dicampur garam disapukan pd kulit yang gatal.
  7. Menambah IMUNITI badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tmpt di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yg berkunjung ke Arab akan mgalami alahan thdp hawa/angin tmpt baharu. Air garam diminum sbgi ubatnya... ماشآءالله 
  8. Mghilangkan penat krna kerja berat. Amalan Org² Melayu tradisional yg bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yg dicampur garam. Perhatikan air 100 plus atau air isotonic skrg ini di pasaran kesemuanya bergaram..! Betulkan?... سُبْحَانَ اللهِ
  9. Mengelak SIHIR/gangguan JIN bagi mereka yg bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yg dibaca padanya dgn Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah. لٓاحٓوْلٓ وٓلَا ٓقُوَّةٓ إِلاَّبِاالله
  10. Mengelak gangguan syaitan/jin kpd bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Utk mgatasi masalah ini, GARAM dicampur dgn bawang Merah, bawang Putih dan Lada hitam. Campuran itu diletak dlm gelas/cawan/bekas yg terbuka. Bekas itu diletakkan di bhgian kepala bayi.
  11. Mengubat Org yg diganggu jin. Bagi Org dewasa yg dikhianati (disihir), cara mgubatnya ialah dgn meletakkan garam yg dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bhgian bawah lidah yg apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah. Dan buat Mandian air bercampur Garam yg di Rukyah (doa). اَللهُ اكبر..!

Semoga bermanafaat.
إنْ شَآءَالله ..آمــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِين

GARAM: Penyembuh@Pembunuh?


Nabi ﷺ bersabda:

"Sebaik² LAUK adalah GARAM"
(Al-baihaqi)



GARAM bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yg paling mujarab SEKIRANYA diambil dgn cara yg betul..!


GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK..!


KESILAPAN kita (kbykkan Org² Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam ke dlm masakan ketika masakkan sedang MENDIDIH/PANAS.


Ini akan menyebabkan GARAM mjadi RACUN/TOKSIK.


Garam, bahasa saintifiknya adalah SODIUM.


Jk GARAM dimasak dgn cara X betul (spti diatas) ia akan mybbkan nya berasid dan mbahayakan kesihatan serta mgundang pelbagai penyakit.

~♡☆♡☆♡☆


CARA yg betul PENGGUNAAN GARAM:
Kaedah PERTAMA:

  • Masakkan mknan yg ingin dimasak shgga selesai. Contohnya: Kari Ikan..
  • Akhir sekali/waktu baru masukkan garam dlm masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam.
  • @ Kacau air garam dan tuangkan ke dlm kuah.


Kaedah KEDUA:


  • Masak makanan tanpa masukkan garam.
  • Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan diatas makanan yg ingin dimakan mgikut tahap selera masing².


"Antara amalan yg diamalkan oleh para SALAFUSOLEH ialah dgn mgambil garam sblum jamah makanan"

  • Ia bertindak sbgi pbuka selera dan juga sbgi mineral bagi badan.


GARAM IALAH MINERAL!!

  • Antara kelebihannya ialah: mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta SseOrg itu tidak akan MATI dlm keadaan mati mengejut.

Sunday, 22 January 2017

KHASIAT DAN KEBERKATAN SURAH SEPULUH


ISTIQAMAH

Istiqamah in Islam

Istiqamah is an important Islamic concept. Its significance can be seen where every Muslim is required to recite Surah al-Fatihah at least seventeen times each day seeking Allah's continual guidance to the straight path. 

On the authority of Abu ‘Amr, though others call him Abu ‘Amrah Sufyan bin ‘Abdullah, radiyallahu anhu, who said:

I said:
"O Messenger of Allah, tell me something about Islam which I could not ask anyone about save you."
He answered:
"Say: 'I believe in Allah', and then stand firm and steadfast."
[Muslim]

Say ‘I Believe in Allah’

This is not just a single statement, rather it encompasses Islam as a whole. Belief in Allah is not just belief in the heart, but it is also words and actions. The Prophet also shows us that Istiqamah comes only after we start to practice our faith.


What is Istiqamah?

The word Istiqamah (from the root qaama) means to go straight into the right direction, acting rightly, allowing no deviation. It is from the same root that the word mustaqeem is derived (i.e. sirat al-mustaqeem – the straight path). It can be translated as ‘steadfastness’.

Allah says:

So stand you (O Muhammad) firm and straight as you are commanded and those who turn in repentance with you, and transgress not.
Verily, He is All-Seer of what you do.
[Surat Hud, 12:112]

Ibn Abbas said that no other verse from the entire Qur’an was revealed upon the Messenger that was harder upon him than this verse. It was due to this verse that the Prophet said : 

“Surat Hud and its companions have made my hair white” 

Why was this? Because istiqamah is very difficult to attain. The scholars said that istiqamah is the hardest thing to hold on to.

The Companions on the Meaning of Istiqamah

  • "That you do not associate partners with Allah." - Abu Bakr
  • "It is that you should be steadfast on the matters that are obligated, and to abandon the prohibitions." - Umar ibn al-Khattab
  • "To have ikhlas (sincerity) to Allah only in doing actions." - Uthman ibn Affan
  • "It means to fulfill your duties to Allah." - Ibn Abbas
5 conditions to achieve Istiqamah

Ibn al-Qayyim says that good deeds must be done 
  • For the sake of Allah alone (ikhlas)
  • On the basis of knowledge (‘ilm)
  • In the same manner that they have been commanded
  • In the best way possible
  • In conformity to what is lawful

Sources:
Khutbah, Muslims in Japan and Deen a Way of Life

How To Develop Khusho In Salah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda).

Khusyuk dalam solat itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah Ta‘ala menggelar mereka sebagai orang mukmin yang berjaya. Allah Ta‘ala berfirman:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢﴾

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” 
(Surah al-Mukminun, ayat 1-2).

‘Khusyuk’ ialah hati sentiasa hidup, manakala khusyuk dalam solat adalah menghadirkan hati kepada Allah SWT di dalam solat. Ia merupakan hakikat batin yang sebenar-benar bagi suatu solat. Hakikat zahirnya pula adalah perbuatan anggota seperti berdiri, membaca, rukuk, sujud, duduk dan sebagainya. Kedua-duanya mestilah dilaksanakan dengan sempurna.

Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam:

الصَّلاَةُ مَثْنَى مَثْنَى تَشَهَّدُ فِي آُلِّ رَآْعَتَيْنِ وَتَخَشَّعُ وَتَضَرَّعُ وَتَمَسْكَنُ…… 
(رواه الترمذي)

“Solat itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyukan hati, bersungguh-sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati……..”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Melihat kepada kepentingan khusyuk dalam solat, maka dikemukakan di sini sebahagian tip atau panduan yang boleh diguna-pakai sebagai panduan ke arah perlaksanaan ibadat solat yang khusyuk.


Untuk mendapatkan khusyuk dalam solat hendaklah sentiasa membuat persediaan awal yang rapi dari aspek fizikal dan rohani. Persediaan tersebut sebenarnya bermula di luar solat, sebelum seorang itu mendirikan solat.

Bismillah Lima

Menambahkan mujarab rawatan bisa-bisa badan:
Bacalah Bismillah Lima.
Bacalah dengan nama Allah.

Friday, 20 January 2017

PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT

PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT


Rasulullah s.a.w. bersabda, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. TAK BUAT RUGI Maka bergembira dan berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh meraih keuntungan padanya dan amatlah ruginya mereka yang mengabaikannya

Di antara perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat ialah.

👀 AMALAN PERTAMA:
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” Selain memotong kuku memakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya.


👀 AMALAN KEDUA:
Sunat membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya. Surah ini panjang oleh itu, mulakan selepas asar hari khamis dan di sambung sehingga asar hari jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

👀 AMALAN KETIGA:
Membaca Surah Ali-Imran. Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”

👀 AMALAN KEEMPAT:
Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi)

👀 AMALAN KELIMA:
Membaca Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah

👀 AMALAN KEENAM:
Mandi Sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”

👀 AMALAN KETUJUH:
Solat Jumaat. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

👀 AMALAN KELAPAN:
Berdoa Bersungguh-sungguh. Majoriti ulama’ berpendapat bahawa makbulnya do’a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat.

👀 AMALAN KESEMBILAN:
Banyakkan Bersedekah. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.



👀 AMALAN KESEPULUH:
Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.

👀 AMALAN KESEBELAS:
Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.”

Wallahua’lam.