๐ธ๐ฟ HADIS RASULULLAH TENTANG ZIKIR ๐ธ๐ฟ
Apabila kamu melewati taman-taman syurga makan dan minumlah sampai kenyang. Para sahabat lalu bertanya,
"Apa yang dimaksud taman-taman syurga itu, ya Rasulullah?"
Beliau menjawab,
"Kelompok zikir (kelompok orang yang berzikir atau majlis taklim)."
[H. R. Tirmidzi dan Ahmad]
๐ธ๐ฟ
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa membaca "SubhanALLAH" wabihamdih" 100x setiap hari nya maka berjatuhan dosa-dosa nya walau sebanyak buih di lautan."
[Shahih Bukhari]
๐ธ๐ฟ
Dua kalimat ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan dan disukai oleh (Allah) Arrohman, iaitu kalimat:
"Subhanallah wabihamdi subhanallahil 'Adzhim"
(Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha suci Allah yang Maha Agung).
[H. R. Bukhari]
๐ธ๐ฟ
Rasulullah s.a.w. bersabda:
โAku dianjurkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar, lebih disukai dari apa-apa yang matahari terbit di atasnyaโ
[H. R. Muslim]
๐ธ๐ฟ
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tiada amal perbuatan anak Adam yg lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah."
[H. R. Ahmad]
๐ธ๐ฟ
Rasulullah SAW bersabda :
โSiapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbanganโ.
[H. R. Tabrani]
๐ธ๐ฟ
Rasulullah menyebut-nyebut Allah setiap waktu (saat).
[H. R. Muslim]
๐ธ๐ฟ
"Bila malaikat Allah dapati majlis zikir, ia duduk bersama, kelilingi dengan sayapnya hingga menutupi sampai ke langit."
Rasulullah s.a.w
[H. R. Muslim]
๐ธ๐ฟ
Biarlah setiap kamu mempunyai hati yang mengenang budi, lidah yang setiasa berzikir, dan seorang isteri yang beriman dan beramal soleh untuk membantu kamu menyiapkan diri untuk hari akhirat.
[Riwayat Abn Majah]
๐ธ๐ฟ
Yang pertama kali dipanggil untuk masuk syurga ialah orang-orang yang selalu bertahmid kepada Allah baik pada saat senang maupun susah.
[H. R. Ath-Thabrani]
๐ธ๐ฟ
Rasulullah saw. pernah bersabda,
"Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?"
Maka bertanya salah seorang,
"Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?"
Baginda menjawab,
"Bacalah tasbih SUBHANALLAH, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan."
[HR. Muslim]
๐ธ๐ฟ
Sabda Nabi s.aw:
"Seseorang yg membaca tasbih 100 kali itu dituliskan baginya 1000 kebaikan atau dihapuskan baginya seribu dosa."
[HR.Muslim]
๐ธ๐ฟ ๐ธ๐ฟ
No comments:
Post a Comment