Solat sunat
- Solat sunat adalah solat yang mendapat pahala jika dikerjakan dan tidak mendapat siksa jika ditinggalkan bagi penganut ugama Islam.
- Berbeza dengan solat fardu yang digalakkan untuk didirikan secara berjemaah, solat sunat boleh dilakukan secara berjamaah atau secara bersendirian.
Solat sunat tahajud
Solat TAHAJUD - Permudah Urusan
- Solat sunat tahajud atau Sembahyang tahajud, ialah solat sunat yang dikerjakan diwaktu malam selepas tidur yakni ketika melakukan Qiamullail.
- Berjaga malam untuk beribadah sangat dituntut oleh Agama Islam dan cara ibadah yang paling utama adalah sembahyang tahajud atau solat malam.
- Allah berfirman yang ertinya;
"Dan bagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajud' padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau pada hari akhirat ditempat yang terpuji"
[al-Quran 17:79].
- Solat malam sudah menjadi amalan para nabi dan orang-orang soleh sejak zaman dahulu.
- Rasulullah SAW sendiri tidak pernah meninggalkan solat Tahajjut walau satu malam pun sehingga kedua-dua kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu banyak berdiri.
- Baginda bersabda yang ertinya;
"Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjut)"
(H.R Muslim)
Solat Sunat Tasbih
Solat TASBIH - Gelisah
- Solat Sunat Tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih.
- Solat Sunat Tasbih dianjurkan supaya dikerjakan sekurang-kurang sekali seumur hidup.
- Solat sunat tasbih ada empat rakaat, dengan ketentuan jika dikerjakan pada siang hari cukup dengan satu salam, dan jika dikerjakan pada malam hari dengan dua salam.
- Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk rehat sebelum bangun berdiri / memberi salam.
- Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.
- Hadith mengenai Solat sunat tasbih dianggap sahih oleh Imams al-Hakim, Ibn Abu Dawood, Ibn Hajar dan yang lain.
- Imam al-Albani turut mengelaskannya sebagai boleh dipercayai ("sound").
Solat Sunat Hajat
Solat HAJAT - Berkeinginan
- Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan.
- Pada kebiasaannya dilakukan secara bersendirian, kadang-kala dilakukan secara berjemaah sekiranya berhadapan kesulitan umum atau mahu berniat seperti kemarau, sakit, dan peperiksaan.
- Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
- Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
- Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
- Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
- Solat hajat ini diriwayatkan oleh Tirmidhi dan Ibn Maja.
- Hadith ini ahak lemah tetapi sedikit sahaja: hadith sedemikian dilakukan bagi ibadat (fada’il al-a`mal) melalui persetujuan umum oleh ulamak mazahab Sunni]
- Walaubagaimanapun ada para ulama' yang menyatakan solat ini tiada hadis yang jelas. adapun hadis yang di pegang adalah kesemuanya dhaif.
Solat Sunat Dhuha
Solat DHUHA - Rezeki
- Solat Sunat Dhuha atau juga dikenali sebagai solat sunat Duha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).
- Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
- Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
- Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Solat Sunat Istikharah
Solat ISTIKHARAH - Keliru
- Solat Sunat Istikharah adalah sejenis solat sunat yang dipraktikkan oleh sebahagian besar masyarakat Muslim.
- Tujuan utama didirikan solat ini adalah untuk meminta petunjuk yang baik dari Allah.
- Orang Muslim biasanya yang berada dalam keadaan dilema untuk menentukan pilihan yang sebenar dan tepat, ataupun apabila seseorang muslim itu dalam keadaan ragu-ragu, samada perkara yang dihajatinya atau yang diputusknanya itu akan membawa kepada kebaikan, atau keburukan jika ia memilihnya.
- Waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam terakhir.
- Solat Sunat Istikharah ini dilakukan sebanyak 2 rakaat.
No comments:
Post a Comment