Wednesday, 29 March 2017

MASA YANG TERBAIK UNTUK MAKAN

MASA YANG TERBAIK UNTUK MAKAN

SARAPAN

Masa Ideal: 7 - 8 am
Jangan ambil selepas: 10 am
Mesti ingat: Makan di antara 30 min selepas bangun dari tidur

MAKAN TGH HARI

Masa Ideal: 12.30 - 2 pm
Jangan ambil selepas: 4 pm
Mesti ingat: Masa yang sesuai untuk makan tengahari adalah 4 jam selepas sarapan

MAKAN MALAM

Masa Ideal: 8 - 9 pm
Jangan ambil selepas: 10 pm
Mesti ingat: Makanan perlu diambil 3 jam sebelum tidur

RAHSIA SOLAT AWAL

RAHSIA SOLAT AWAL

SUBUH

🌄 Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
🌄 Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia  berkaitan dengan penawar / rezeki dan komunikasi.
🌄 Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
🌄 Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain, jaga daripada tidur.
🌄 Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
🌄 Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
🌄 Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
🌄 Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZOHOR

🌅 Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
🌅 Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
🌅 Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
🌅 Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhur berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
🌅 Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

ASAR

🌇 Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar dimana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
🌇 Rahsia warna oren ialah kretiviti.
🌇 Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kretivitinya dan lebih malang lagi kalau diwaktu Asar, jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur).
🌇 Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIB

☀ Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan diwaktu ini kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
☀ Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
☀ Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada masa ini yang boleh mengelirukan mata kita.
☀ Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK

🌛 Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.
🌛 Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
🌛 Mereka yang kerap ketinggalan Isyak akan selalu berada dalam kegelisahan.
🌛 Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
🌛 Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
🌛 Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu dimana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
🌛 Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat keatas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam melaksanakan tugas hariannya samada di rumah atau di pejabat.

Al Fatihah

Al Fatihah


📝 Ertinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

📝 Ketika kita mengucapkan "Alhamdulillahi-Rabbil 'alamin". Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuj-Ku."

📝 Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra-him", Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

📝 Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin", Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

📝 Ketika kita mengucapkan "Iyyaka na' budu wa iyyaka nasta'in", Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku."

📝 Ketika kita mengucapkan "Ihdinash shiratal mustaqim, Shiratalladzina an'amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin." - Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta." (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

📝 Berhentilah sejenak setelah membaca SETIAP satu ayat. Rasakanlah jawaban indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

📝 Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

📝 Barangsiapa yang ucapan "Aamin-nya" bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya." (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Wednesday, 15 March 2017

SOALAN vs JAWAPAN

SOALAN:

Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?

JAWAPANYA:

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor).
Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:

+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat
+ Berada di masjidil haram

3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.
Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam.
- menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya.
Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.
Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor.
Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda.
Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti ada kejayaan.

Qailulah

Apa itu Qailulah?

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor.
Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah?

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.
Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap".
Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang.
Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga.
Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh.
kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga.
Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu.
Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit.
Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor

***

Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah?


Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm). 

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Moga bermanfaat...

Tuesday, 14 March 2017

🏁 Perkongsian...

🏁 Perkongsian... 

🎯 Kalau kawan kawan yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tu mulai hari nih sebab 1 tin minuman berkarbonat tu bersamaan dengan 14 gelas teh tarik manis.

🎴 70% penyakit kanser payudara adalah berpunca dari sikap pemarah penghidap tu sendiri.
Kalau bukan masa tua, mungkin masa muda…
Dia cakap kalau dah pulih dari kanser, kena jaga emosi jika tak dalam tempoh enam bulan kanser tu akan datang semula…

🃏 Dalam badan wanita ada hormon progesteron dan estrogen kan?
Hormon progesteroi ada pada ovary dan estrogen pada tulang.

🏈 ⚾️ Wanita yang berat melebihi 60 kg, sebanyak 85% wanita berisiko ada ketumbuhan 😱😱😱

🏀 🎾 Wanita tidak boleh makan tiga jenis ikan iaitu ikan pari, ikan bawal hitam dan ikan terubok.
Ikan pari tu sebenarnya ada toksik yang banyak kerana hidup di dasar laut dan boleh menyebabkan berlakunya kanser sebanyak 70%.
Ikan bawal hitam dan terubok pulak ikan yang difahamkan mempunyai bias yang menyebabkan penyakit.
Kalau nak makan ikan bawal makan ikan bawal putih.

🏈 🏀 Jika ada keputihan dan keputihan berwarna hijau, 99% tanda itu menunjukkan wanita itu menhadapi kanser ovari.
Jika berwarna putih kekuningan pulak kanser serviks.
Serviks yang terkeluar (Tombong/prolapsed) selalunya berlaku kepada wanita yang melahirkan anak lebih dari 5 orang.

🚴 🚵 🚴 Orang yang menghidapi buasir TIDAK BOLEH makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi..

🎱 🎾 ⚽️ Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.

🏁 🏁 Sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita.☕️☕️

🎳 🏀 Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.

🍼 🍶 🍼 Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok.

🍤 🍛 🍝 95% kanser berlaku kerana stress.

🍩 🍞 🍳 Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan tapak tangan kiri 81 enzim yang mampu membunuh bakteria.

🍡 🍢 🍧 Kalau nak kurus, senang aje.
Makan ikut sunnah Rasulullah iaitu 40-100 kunyahan….

🍣 🍥 🍙 Nak mandi kenalah mula dari kaki (elak kena gout), kemudian lutut (elak sakit lutut), tempat sulit (elak cyst), pinggang (tak sakit pinggang, serviks sihat), perut (elak buasir, gastriks, ulser, sembelit), dada (sakit jantung,paru-paru etc) dan akhirnya kepala (elak migraine).
Lepas tu, baru mandi macam biasa.
Lepas tu satu cara lagi nak kurus, mandi di waktu pagi…
🍘 🍙 🍥 Air yang sejuk kejung tulah.
Sebabnya menyingkirkan segala lemak dalam badan.

🍯 🍭 🍬 Tidur mesti mengiring ke kanan di mana sebelah kiri ke atas.
Cara tidur ini takkan kena sakit jantung.

🍑 🍎 🍯 Untuk mengelakkan migraine sujud waktu solat Subuh tu sujud lama lama.

🍊 🍏 Tahu tak korang yang orang lelaki ni tidak sekuat wanita kerana lelaki mudah diserang jantung jika dibandingkan wanita yang jarang terkena serangan jantung.
Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung.
Orang lelaki tidak ada hormon estrogen yang melindungi jantung sebab tu lelaki mudah terkena.

🍯 🍭 🍭 Kalau nak jaga jantung suami supaya sihat banyakkan bawang putih dalam masakan ye kaum wanita semua.

🍭 🍉 🍇 Nak mengubati kanser payudara cari kulat susu harimau.

🍏 🍎 🍯 Kepada peminat petai, lepas ni kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai ni mengandungi kolesterol yang tinggi.

🍌 🍈 🍑 Untuk para suami, kalau hormon isteri tak stabil bagi isteri mkn kacang botor.

🍆 🍠 🍇 Ibu ibu mengandung sila amalkan makan buah delima bila usia kandungan mencecah 5 bulan ye..

🍏 🍏 🍏 Kepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari ye jangan makan banyak kali sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa.

🍅 🍓 🍎 Epal merah untuk ibu ibu mengandung dan pesakit asma.
Makan 2 biji sehari ye…

🍯 🍭 🍉 Jika ada sakit kencing tak lawas, blend lobak putih minum air lobak putih tu ye.
Amalkan minum 2x seminggu

🌽 🍅 🍆 Kepada penghidap kolesterol tinggi ambik akar pokok semalu dan rebus.
Amalkan minum air rebusan 

🍇 🍉 🍓 JGN BUNUH SEMUT!
kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah..

🐜 🐜 🐜 "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s..
Ini rumahku..
Aku mahukan kebersihan..
Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. 

🐜 🐜 🐜 Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat".. 

🐜 🐞 🐜 Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu.
Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s..
sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..
Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa..
Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran..^^ 

🐌 🐞 🐜 🐜 Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya.. 

Herba dan Kesihatan - Tn. Hj Che Musa Bin Che Salleh

Assalaamualaikum,

Di sini ingin saya berkongsi catatan dari kuliah/Program Minda AlFurqan semalam bertajuk 'Herba dan Kesihatan', yg disampaikan oleh Tn. Hj Che Musa Bin Che Salleh, pemilik Dimaz Industries Sdn Bhd dan juga seorang pengamal perubatan Islam. Saya pohon sahabat2 yg mengikuti kuliah semalam agar membetulkan jika ada kesalahan di dalam catatan ini dan juga dapat menambah apa2 fakta yg tertinggal di sini.

Apabila makan, hendaklah mengunyah sekurang2nya 40 kali sebelum menelan makanan tersebut.

Air masak / Air panas mati hendaklah diminum sebanyak mungkin sepanjang waktu.

Air liur basi (ALB) kita adalah ubat yg sangat mujarab.
Amalkan berkumur2 dan minum air kumuran yg bercampur ALB itu apabila bangun pagi setiap hari, sebelum melakukan perkara2 lain.

Hendaklah mandi pagi satu jam sebelum terbit matahari, utk kesihatan tubuh badan.

Untuk wanita yg berat badannya melebihi 65 KG, elakkan memakan makanan ini:-

- Ikan pari
- Ikan bawal hitam
- Ikan terubuk

Penawar kanser payudara:-

ambil daun belalai gajah mengikut sukatan ini utk setiap stage kanser berikut:

stage 1 - 50 helai
stage 2 - 100 helai
stage 3 - 150 helai
stage 4 - 200 helai

- Blendkan daun di atas bersama2 epal hijau sebiji, dan minum airnya sebelum 5 minit selepas penyediaan minuman ini.

nota - minuman ini tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk - akan hilang kemujarabannya

- Epal hijau tidak boleh dimakan melebihi sebiji sehari, kelak akan menyebabkan menurunnya daya ingatan kita.

Pilihan kedua - menggunakan kulat susu harimau.
Asah kulat ini utk dapatkan cairannya dan disapu di tempat yang terkena barah.

Penawar kanser:

Ubi kayu - ianya penawar kanser yang paling baik di dunia.

Serai - air serai juga adalah penawar kanser dan penawar penyakit kencing tikus.

Durian belanda - juga penawar kanser dan penyakit2 lain - ianya hendaklah di'blend'kan bersama2 bijinya sekali.

Penawar penyakit paras kolesterol tinggi Di dalam badan:

akar pokok semalu - rebus akarnya dan minum.

Penawar penyakit Gout:

kadar kesakitan akibat gout adalah 7 kali kadar kesakitan sakit gigi. Ubatnya adalah daun pandan. Rincik daun pandan halus2, blendkan, perah dan minum airnya.

Tiroid:

Penyebab tiroid adalah kerana tidur selepas subuh.
Penawarnya - janganlah tidur kembali selepas solat subuh.

Sakit jantung:

Penawarnya, blendkan bahan2 berikut utk dapatkan airnya dan dicampurkan semuanya sekali menjadi satu sebatian:-

- halia - 1 gelas
- lemon - 1 gelas
- bawang putih - 1 gelas
- cuka epal - 1 gelas
- madu - 1 gelas

minum sebatian di atas sekali di waktu pagi dan malam
(maaf, saya tidak pasti unitnya - samada sesudu, secawan atau etc.)

Penawar Darah Tinggi:-

* penawar terbaik adalah susu kambing yg asli.
Diminum setelah dibacakan Ayat 72 dari surah Yaasin.

* amalkan memakan pisang kaki.

* amalkan memakan daun hempedu bumi.

* untuk pesakit darah tinggi - jangan masuk ke bilik air/tandas 15 minit sebelum waktu Asar dan Maghrib, kerana Iblis berjanji akan menyebabkan pesakit jatuh di dalamnya dan menyebabkan kemudaratan yg lebih kpd pesakit.

Penawar Kencing Manis:-

- makan peria katak bersama2 bijinya sekali.

- juga petai belalang - jemur bijinya, goreng dan tumbuk utk dibuat serbuk.
Campurkan ianya ke dalam air sebagai minuman.

- ramaskan daun ceri di dalam sebaldi air dan rendamkan kaki yg luka tersebut di dalamnya. InsyaAllah akan pulih luka tersebut.

Penawar penyakit berkaitan pundi2 kencing dan prostat:-

- Daun pecah beling

Kelebihan herba2 berikut:-

@ Akar lalang - lebih baik dari Tongkat Ali.

@ Kunyit hidup - banyak kelebihannya - amalkan sebagai ulam

@ Petai - banyak kelebihannya tetapi jangan ambil lebih daripada 7 ulas setiap kali makan.

@ Timun - blend isinya (termasuk bijinya, kecuali kulit) dan minum airnya untuk membersihkan anggota2 dalaman badan seperti paru-paru.

@ Pegaga - ubat terbaik utk penyakit resdung - sebaik2nya pegaga nyonya (yg. bersaiz kecil).
Juga bertindak sebagai penawar kanser.

@ Bawang putih - penawar stress dan menghalang sel2 kanser.

@ Daun bidara - membantu merawat sihir

caranya - rendamkan 7 helai di dalam air.
Bacakan ayat Kursi, ayat2 dari surah2 '3 Qul' dan ayat 69 dari surah Taha.
Hembuskan ke dalam air tersebut dan air dibuat minum serta mandi.

Kepada orang yang terkena sihir, tidak boleh makan rebung seumur hidup, termasuklah kuahnya.
Jika dimakan, kesan sihir itu akan berulang kembali.

@ Halia - hiris 2, 3 keping dan rendamkan di dalam air.
Beri minum air ini kepada anak2 untuk mendapat otak yang pintar.

@ Madu dicampur kulit Kayu manis adalah antara ubat paling hebat Di dunia ini.

@ Untuk mengelak dari sakit mata - kerjakan solat Maghrib di awal waktu

@ Jangan tinggalkan solat, kerana setiap solat yg ditinggalkan itu akan menyebabkan datangnya penyakit2 tertentu.

Wallahu a'lam.

Kopi & Pasta

Semalam adalah kenangan
Esok adalah mendatang
Kelmarin dah jadi sejarah
Akan datang kan jadi nyata.....
Hidup bersyariatkan kitab
Berpandukan hadis dan Nas.....
Berpaksikan kiblat yang satu
Setiap saat azan berkumandang
Tanpa kita sedari kejadiannya
Tatkala manusia masih leka
Alpa dalam kelalaian dunia.....
Nafas itu pinjaman cuma
Kudrat jua bukan milik kita
Ilham itu anugerahNYA
Sekeliling kita hanyalah pentas dunia
Siapa kita sebenarnya?????
Kita hanyalah bangkai!!!!!
Bangkai yang dipinjamkan roh
Bangkai yang dipinjamkan nyawa.....
Apa yang kita ada?????
Tiada apa milik kita.....
Tiada apa pun milik abadi buat kita.....
Apa yang kekal dalam roh?????
Kasih sayang
Amal ibadah
Sedekah jariah
Kebaikan hati
Sikap perikemanusiaan
Segala yang merangkumi fardhu kifayah.....
Berapa lama kita hidup?????
Sampai bila kita sihat?????
Adakah kita akan sentiasa cukup sifat?????
Adakah kita akan mampu makan sentiasa?????
Oooowwwhhh tidaaaakkk!!!!!
Entah malam ni.....
Entah esok.....
Entah lusa.....
Entah tulat.....
Bila2 masa je Allah akan tarik semula.....
Hilanglah segala keupayaan
Hilanglah segala nikmat
Hilanglah segala ilham
Hilang segalanya.....
Apa berlaku selepas itu?????
Bagaimana kita?????
Pada siapa kita mengadu?????
Allah
Allah
Allah
DIA lah segala galanya.....
DIA lah yang abadi
DIA lah yang nyata.....
Pabila tiba waktunya.....
Mahligai kita dimana?????
Lambhorgini kita kemana?????
Mercedes kita parkir dimana?????
Wang berjuta jadi apa?????
Harta sebukit apa gunanya?????
Tak muat nak sumbat dalam tempat semadian 7 kaki dalam 4 kaki lebar itu.....
Segalanya ditunggal jua.....
Sempatkah kita?????
Terkejarkah kita?????
Sudah cukupkah amalan kita?????

Renungilah kata kata ini.....
Rendahkan diri
Sujud ke bumi
Muhasabah diri
Celikkan hati
Bukalah mata hati
Merenung dalam diri
Bersediakah kita untuk mati?????

Insafi diri
Kembali pada haqiqi
Bersedialah mengadap Illahi.....

Wallahualam.....

KITA TAHU tapi kita TIDAK PEDULI

🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡

KITA TAHU tapi kita TIDAK PEDULI

🏡 Kita mengetahui, Sholat secara berjamaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 derajat dibanding Shalat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjamaah di Masjid atau Surau.

🏡 Kita mengetahui, bahwa ucapan Subhaanallaahi wa bihamdihi sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

🏡 Kita mengetahui, bahwa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan sholat Dhuha.

🏡 Kita mengetahui, bahwa orang yang berpuasa sunnah karena Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api Neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mau menahan lapar.

🏡 Kita mengetahui, bahwa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu Malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

🏡 Kita mengetahui, bahwa siapa yang membantu membangun Masjid karena Allah SWT walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di Syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan Masjid walaupun hanya dengan beberapa puluh ribu atau seribu rupiah.

🏡 Kita mengetahui, bahwa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang shalat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

🏡 Kita mengetahui, bahwa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadwal harian kita.

🏡 Kita mengetahui, bahwa Haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali Syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakan Haji, padahal kita mampu melaksanakannya.

🏡 *Kita mengetahui, bahwa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak shalat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan sholat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan sholat malam.

🏡 *Kita mengetahui, bahwa hari Kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah SWT akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu...

Kita sering menyaksikan orang2 yang kita kenal dan kita sayangi meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.