Wednesday, 29 March 2017

RAHSIA SOLAT AWAL

RAHSIA SOLAT AWAL

SUBUH

🌄 Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
🌄 Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia  berkaitan dengan penawar / rezeki dan komunikasi.
🌄 Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
🌄 Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain, jaga daripada tidur.
🌄 Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
🌄 Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
🌄 Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
🌄 Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZOHOR

🌅 Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
🌅 Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
🌅 Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
🌅 Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhur berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
🌅 Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

ASAR

🌇 Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar dimana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
🌇 Rahsia warna oren ialah kretiviti.
🌇 Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kretivitinya dan lebih malang lagi kalau diwaktu Asar, jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur).
🌇 Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIB

☀ Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan diwaktu ini kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
☀ Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
☀ Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada masa ini yang boleh mengelirukan mata kita.
☀ Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK

🌛 Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.
🌛 Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
🌛 Mereka yang kerap ketinggalan Isyak akan selalu berada dalam kegelisahan.
🌛 Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
🌛 Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
🌛 Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu dimana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
🌛 Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat keatas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam melaksanakan tugas hariannya samada di rumah atau di pejabat.

No comments:

Post a Comment