Wednesday, 12 April 2017

Petua Orang Tua

Petua Orang Tua

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)

· Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat.
· Air itu diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung

· Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).
· Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati.
· Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya.
· Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.
· Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja.
· Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka

· Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus.
· Kemudian pupurkan di seluruh muka.
· Biarkan mengering selama 20 minit.
· Bilas dengan air bersih.
· Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka

· Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.
· Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.
· Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.
· Kacau rata dan jangan terlalu cair.
· Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.
· Kemudian basuh.
· Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menghilangkan Cagu

· Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).
· Biarkan selama beberapa minit.
· Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut.
· Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu.
· Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah

· Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka.
· Insyaallah akan berserilah wajah anda.
· Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit

· Buah tomato dikisar halus.
· Lumurkan pada muka seberapa ketika.
· Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.
· Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam.
· Amalkan selalu.
· Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan

· Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya.
· Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya.
· Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam.
· Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga.
· Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut

· Ambil secekak kangkung dan bersihkan.
· Masukkan dlm bekas.
· Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir.
· Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika.
· Kemudian bilas rambut dengan air bersih.
· Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut

· Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
· Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari.
· Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata

· Ambil daun lidah buaya.
· Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata.
· Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.

Menghilangkan Parut

· Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air.
· Jangan terlalu cair.
· Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut.
· Biarkan sehingga kering.
· Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
· Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut

· Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir.
· Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah.
· Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda.
· Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering.
· Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda

· Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.
· Amalkan setiap pagi.

Merawat Senggugut

· Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat.
· Masukkan ke dalam segelas air suam.
· Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat.
· InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin

· Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua.
· Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan.
· Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut

· Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.
· Selawat 3 kali.
· Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Mengurangkan Dengkur

· Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas.
· Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat

· Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya.
· Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri.
· Lakukan beberapa kali.
· Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut

1)
· Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
· Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung).
· Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2)
· Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
· Embunkan semalaman.
· Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit

· Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
· Minum air setelah selesai makan.
· Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.
· Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan

· Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam.
· Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik

· Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan.

Mengatasi Senggugut

· Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita.
· Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut.
· Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah.

1)
· Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam.
· Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan.
· Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid.
· Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun.
· Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan.
· Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik.
· Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut.
· Ini adalah pengalaman saya.

2)
· Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam.
· Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

· Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat.
· Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan.
· Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih.
· Amalkan setiap hari.
· InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

· Ambil beberapa helai daun sirih muda.
· Kemudian, cuci bersih.
· Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam.
· Selepas itu, tapis airnya.
· Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali.
· Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata

· Ambil timun yg telah dihiris.
· Lekapkan pada kelopak mata.
· Pejamkan mata utk berapa ketika.
· Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka

· Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga.
· Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Merawat Panau

· Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.
· InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur

· Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.
· Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur.
· Perap ramuan di atas kepala selama sejam.
· Lakukan 2 kali seminggu.
· Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj

· Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda.
· Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus.
· Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Sihat Tubuh Badan

· Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan.
· Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).
· Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

Melangsingkan Tubuh

· Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.
· Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.
· Minum dua kali sehari.
· Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit

· Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat.
· Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.
· Bancuh bersama dengan bedak sejuk.
· Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut.
· Lakukan sekerap yg mungkin.
· Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.
· Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut

· Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak.
· Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam.
· Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak

· Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut.
· Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur

· Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala.
· Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam.
· Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala.
· Basuh dgn air suam.
· Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur

· Rendamkan kacang hijau semalaman.
· Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2.
· Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.
· Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala

· Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
· Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
· Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata

· Gesel 2 batang sudu.
· Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit.
· Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan

1)
· Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.
· Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.
· Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. 

2)
· Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari.
· Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk.
· Masukkan ke dalam peti ais.
· Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah

· Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh.
· Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut.
· Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda

1)
· Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
· Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2)
· Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.
· Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali.
· Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi

· Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w.
· Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat

· Campur bedak sejuk dan asam jawa.
· Selawat pada Nabi 3 kali.
· Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting

· Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja.
· Campurkan dgn air limau nipis.
· Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim.
· Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.
· Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih.
· Lakukan 3 kali seminggu.
· Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka

· Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi.
· Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat.
· Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan.
· Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit.
· Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir

· Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur.
· Amalkan selalu.
· Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi

· Ambil beberapa helai daun kelapa kering.
· Bakar hingga jadi abu.
· Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut.
· Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara

· Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam.
· Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka

· Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air.
· Biarkan ia sejuk.
· Lalu disapukan kepada muka.
· Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

· Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.
· Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

Menguatkan Gigi

· Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika.
· Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali.
· Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga.
· Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut

· Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih.
· Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih.
· Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata

· Teh uncang yg telah digunakan jangan buang.
· Lekap pada mata dan biarkan semalaman.
· Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

· Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul.
· Amalkan selalu.

Mengelak Santau

· Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit kita dengan lidah.
· Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling.
· Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur

· Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam.
· Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk.
· Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri.
· Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala

· Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis.
· Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman.
· Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang.
· Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Selamat mengamalkan yaaa..

No comments:

Post a Comment